Serena Williams terkejut dengan misteri kehilangan Peng Shuai

Muzaffar Musa
November 19, 2021 03:40 MYT
Serena Williams berkata dia "sedih dan terkejut" dengan kes yang menimpa pemain tenis China, Peng Shuai, yang keberadaannya masih menjadi misteri dan menimbulkan kebimbangan antarabangsa.
Juara grand slam acara beregu, Peng, dikatakan tidak ditemui sejak mendedahkan mengenai serangan sexual yang dialaminya dilakukan seorang bekas pegawai tertinggi kerajaan China.
Dia membuat satu hantaran dalam laman sosial China, Weibo, mendakwa Zhang Gaoli -- bekas naib perdana menteri negara itu -- telah memaksanya untuk mengadakan hubungan seksual.
Pengerusi Persatuan Tenis Wanita (WTA), Steve Simon, sebelum ini mempersoalkan mengenai satu email yang diterimanya daripada media China, yang didakwa ditulis oleh Peng dengan memaklumkan bahawa dia berada dalam keadaan selamat dan sedang berehat di rumahnya.
Kini, juara 23 kali kejohanan grand slam, Williams, turut menyuarakan kebimbangannya mengenai nasib rakan pemain tenisnya itu.
"Saya amat sedih dan terkejut untuk mendengar mengenai rakan saya, Peng Shuai," tulis Williams dalam satu kenyataan.
"Saya harap dia berada dalam keadaan selamat dan akan ditemui secepat mungkin.
"Perkara ini perlu disiasat dan kita tidak boleh berdiam diri."
Bekas pemain nombor satu dunia itu turut berkata bahawa dia mengirimkan kasih sayangnya buat keluarga Peng dalam melalui waktu sukar ini sambil menambah tanda pagar #whereispengshuai (#dimanapengshuai).

I am devastated and shocked to hear about the news of my peer, Peng Shuai. I hope she is safe and found as soon as possible. This must be investigated and we must not stay silent. Sending love to her and her family during this incredibly difficult time. #whereispengshuai pic.twitter.com/GZG3zLTSC6

— Serena Williams (@serenawilliams) November 18, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Serena Williams #WTA #Tenis #Peng Shuai