UniKL dan Terengganu Hockey Team (THT) menghampiri status pilihan sebagai finalis Piala TNB apabila merakamkan kelebihan dalam pertemuan pertama separuh akhir hari ini.

Juara Liga Hoki Malaysia (LHM) dan Piala Sumbangsih itu terus menagih sentuhan pemusnah Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil melalui pukulan penalti ketika perlawanan berbaki tiga minit, sekali gus menjadi pemisah kepada satu pertembungan sengit dengan TNB di Stadium Hoki Nasional 1, petang tadi.

TNB put up another brave performance but fell a little short when they succumbed to a 1-0 loss to UniKL in the first...

Posted by Malaysian Hockey Confederation on Sunday, March 28, 2021


THT pula berbekalkan jaringan padang Shello Silverius dan Fitri Saari berhasil mematahkan semangat awal Maybank.

Defending champions PKS Uniten-KPT fought back from a two-goal deficit to hold PDRM Blue Warriors to a 3-3 draw in the...

Posted by Malaysian Hockey Confederation on Sunday, March 28, 2021


Dalam kempen separuh akhir Piala Vivian Soars, UniKL Ladies ibarat sebelah kaki ke perlawanan akhir selepas menumbangkan Sabah 8-0 dengan meledak tujuh gol padang dan satu pukulan sudut penalti.

Juara Liga Hoki Wanita Malaysia (LHWM) 2021, PDRM Blue Warriors, berdepan cabaran sengit petang tadi apabila diikat 3-3 PKS Uniten-KPT.