Saul 'Canelo' Alvarez telah mencederaan Billy Joe Saunders di bahagian soket mata dan menyaksikan tulang pipinya patah tiga ketika merebut gelaran dunia Sabtu lalu di Texas.

Bintang Mexico, Alvarez menambah gelaran WBO super-middleweight bersama gelaran WBA dan WBC, dengan juara IBF, Caleb Plant, kini menjadi sasaran berikutnya ketika menjadi juara tanpa kalah dalam divisyen tersebut.

Saunders, yang mengalami kekalahan pertama dalam karier profesionalnya setelah 30 kemenangan berturut-turut, nampaknya berkembang menjadi pertarungan yang kompetitif, menikmati beberapa kejayaan dengan pergerakannya yang lancar daripada kedudukan southpaw.

Namun, Alvarez memberikan tumbukan yang deras kepada petinju Britan itu pada pusingan kelapan sekaligus memberikan kecederaan yang teruk.

Pada penghujung pusingan tersebut, pelatih Saunders, Mark Tibbs, mengambil keputusan untuk mengakhiri perlawanan apabila tidak dapat melihat apa yang telah berlaku kepada petinjunya.

Promoter perlawanan, Eddie Hearn, mengesahkan petinju berusia 31 tahun itu menjalani pembedahan selepas mengalami 'beberapa patah tulang ke bahagian muka' dan, dalam kekalahan pertamanya, Saunders memperincikan kecederaan mengerikan itu.

"Terima kasih semua orang atas sokongan anda," kata menerusi Facebook. "Soket mata pecah dan tulang pipi patah di tiga tempat, pembedahan semalam semuanya berjalan lancar.

"Anda menang dan kalah. Tidak berasakan gagal bersaing dengan Alvarez tetapi terperangkap dengan tumbukan yang bagus dan tidak dapat melihat.

"Terima kasih semua yang menonton, saya akan kembali dan tuhan memberkati anda semua."