Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Seri Abdul Azim Zabidi, menyahut cabaran untuk kontinjen negara bagi menggalas sasaran pingat Sukan Asia Indonesia, dari 18 Ogos hingga 2 September depan.

"Saya fikir ia (sasaran pingat) mungkin dapat memberi tekanan kepada atlet tetapi kita perlu lihat bagaimana untuk mengatasi masalah itu.

"Kadang kala tekanan itu ada baiknya. Ia akan meningkatkan lagi prestasi seseorang atlet.

"Selalunya apabila meletakkan sasaran, ia melibatkan bilangan pingat, bukannya daripada sukan mana. Sebagai atlet, dia tidak tahu sama ada dirinya atau atlet lain. Cuma, sasaran itu hanya sasaran pingat," katanya selepas dipilih untuk menggalas jawatan itu dalam mesyuarat agung tahunan (AGM) MO|M, hari ini.

Abdul Azim meraih 54 undi bagi menewaskan Setiausaha Agung Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), Datuk Megat Zulkarnain Omardin, yang memperoleh 43 undi.

"Dalam siri pertemuan dengan persatuan-persatuan sukan kebangsaan sejak kebelakangan ini, saya tidak dapat hadir sebab semua sedang sibuk, terutama saya sebagai calon Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14," kata Megat Zulkarnain.