Persatuan Karate Sabah (SKA) menghantar 39 atlet ke Kejohanan Karate Kebangsaan Ke-19 di Kuala Lumpur bermula hari ini hingga Ahad ini.

Setiausaha Agung SKA, Julian Chin, berkata seramai lima jurulatih serta ibu bapa akan turut mengiringi atlet berkenaan dengan sasaran kali ini ialah muncul juara keseluruhan.

"Kami telah membuat persiapan yang baik untuk menghadapi kejohanan ini dan saya berharap atlet membuktikan kekuatan serta kesungguhan bagi mencapai sasaran menjadi juara keseluruhan," katanya ketika dihubungi, di Kota Kinabalu, semalam.

Sementara itu, Julian berterima kasih kepada Pengarah Urusan Commex Marketing, Khairuddin Chin, dan Pengarah Urusan Securelogies Sdn Bhd, Ron Chong, kerana sokongan mereka kepada sukan karate di Sabah.

"Dua syarikat ini telah menaja baju kepada pasukan karate Sabah, termasuk atlet yang telah menyertai kejohanan kebangsaan kadet dan kejohanan junior dan B-21, baru-baru ini," katanya.