Perenang harapan negara, Welson Sim, mempertahankan pingat emas acara 400 meter gaya bebas serta memperbaharui rekod Sukan Sea di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, hari ini.

Penonton yang hadir beramai-ramai memberikan sokongan disajikan dengan persembahan cemerlang Welson yang mendahului dari mula hingga akhir dengan catatan masa 3:50.36 saat dan
memperbaharui rekod Sukan SEA miliknya ketika memenangi pingat emas, dua tahun lalu (3:53:97s).

Olimpian negara itu ternyata berada pada tahap yang berbeza berbanding pesaing-pesaing lain -- mendahului perenang lain sejak 50m pertama sehingga tamat perlumbaan.

"Saya tidak mampu mengatakan perasaan saya ketika ini. Saya berjaya memecah rekod temasya meskipun tidak dapat mengatasi rekod kebangsaan yang juga merupakan rekod sendiri," kata Welson.

"Namun ia tetap satu catatan yang sangat baik. Saya sangat gembira dengan diri sendiri dan sukan renang Malaysia.

"Saya harap emas ini mampu menarik minat lebih ramai bakat muda yang lain dan menjadi teladan kepada mereka."Turut mencuri tumpuan, pemenang pingat Sukan Olimpik, Joseph Schooling dari Singapura mempamerkan persembahan cemerlang dengan memenangi 50m kuak kupu-kupu dengan catatan masa 23.06s (rekod baru kejohanan).

Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.