Ragbi Enam Negara: England tewas kepada Scotland

Muzaffar Musa
Februari 7, 2021 02:52 MYT
Scotland menamatkan penantian 38 tahun kemenangan ke atas England di Twickenham selepas usaha keras dan bertenaga yang dipamerkan mereka berhasil memberikan kemenangan 11-6 dan Piala Calcutta.
Sejak 1983, Scotland tidak pernah menewaskan seteru mereka itu digelanggang lawan tetapi pasukan pelawat itu kali ini memaparkan persembahan terbaik mereka untuk menewaskan juara bertahan Kejohanan Enam Negara kendalian Eddie Jones itu.
Finn Russel dan Stuart Hog muncul penyumbang terbesar di bahagian serangan dalam perlawanan ulang tahun ke-150 pertemuan di antara dua musuh tradisi itu.
Pemain tengah muda Scotland, Cameron Redpath, membuktikan sensasinya dengan aksi-aksi bertenaga di stadium tanpa penonton itu berikutan pandemik koronavirus, yang turut menunda kejohanan edisi 2020 itu ke tahun ini.
England turun tanpa lima penyerang utama tetapi memberikan lawan penalti yang terlalu tinggi dan bernasib baik apabila hanya ketinggalan 8-6 sebelum waktu rehat -- Duhan van der Merwe melakukan try tunggal sepanjang perlawanan itu.
Keputusan itu juga memastikan kemenangan Piala Calcutta ketiga buat Scotland sepanjang empat tahun ini selepas mereka tidak pernah memenanginya sepanjang sembilan edisi di antara tahun 2008 dan 2017.

A historic win at Twickenham! ? The first time since 1983 ?#AsOne pic.twitter.com/qN8Gf1MQcQ

— Scottish Rugby (@Scotlandteam) February 6, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#England #Scotland #Kejohanan Ragbi Enam Negara