Penyerang hoki negara, Firhan Ashari, menuntut ketua jurulatih kebangsaan, Roelant Oltmans, membuat mempertimbangan wajar mengenai nasib pemain tercedera sepertinya menjelang pengumuman skuad 2020 esok.

Oltmans menetapkan proses pemilihan pemain yang akan dibuat ialah menerusi prestasi dalam Liga Hoki Malaysia (LHM) 2020.

Selain itu, pengendali kelahiran Belanda itu turut cenderung memilih pemain muda bagi membentuk skuad jangka masa panjang, sekali gus menyempitkan peluang penyerang itu untuk terpilih.

Firhan terlepas kelayakan Tokyo 2020 akibat kecederaan lutut | HOKI News | Stadium Astro

Penyerang skuad hoki negara, Firhan Ashaari, disahkan terpaksa berehat sekurang-kurangnya tujuh bulan selepas menjalani pembedahan lutut sehingga memaksanya terlepas play off kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020. Dia akan menjalani proses rawatan di Institut Sukan Negara (ISN) dan pastinya apa yang dialami itu akan menyebabkannya terlepas saingan kelayakan Tokyo 2020 yang akan berlangsung November depan.




Firhan tidak beraksi dalam liga kerana memberi fokus terhadap proses pemulihan kecederaan lututnya sejak 10 bulan lalu, namun meminta Oltmans bersikap realistik mengenai situasinya.

"Mungkin jurulatih boleh bersandarkan keputusan skuad kebangsaan sebelum ini bagi menentukan tempat buat pemain yang ditimpa kecederaan sehingga terlepas aksi liga," katanya ketika ditemu bual wartawan Nadi Arena, Bazly Azmi, di Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil, hari ini.

Pemain kelahiran Terengganu itu memiliki 185 rekod penampilan dan sudah menyertai dua edisi Piala Dunia.




Begitupun, ia bukan jaminan untuknya terpilih memandangkan pengendali itu mengakui skuad yang akan diumumkan akan dibarisi 40 peratus pemain berusia bawah 25 tahun.

"Ia bukan mudah buat sesiapa sekalipun (ditimpa kecederaan) kerana kami hanya akan bersendirian menjalani pemulihan dan berlatih berseorangan.

"Ia agak sukar tetapi tahap persembahan saya sudah mencapai 80 peratus."

Malaysia akan menghadapi Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) di Ipoh, Perak, April depan dengan sasaran layak ke perlawanan akhir.