Bintang Denver Nuggets, Nikola Jovic, sekali lagi menunjukkan betapa dia layak menyandang gelaran MVP musim ini tetapi ia masih belum dukup untuk menewaskan Phoenix Suns, yang kini mendahului 2-0 dalam separuh akhir Persidangan Barat selepas meraih kemenangan 123-98 hari ini.

Jokic menghasilkan jaringan pertama dalam perlawanan itu tetapi itulah satu-satunya momen di mana Nuggets berada di depan sebelum Phoenix mula menguasai permainan dan tidak pernah melepaskan kelebihan itu bagi memperoleh kemenangan mudah.

Chris Paul mengawal permainan buat Suns dengan menjaringkan 17 mata dan 15 bantuan tanpa sebarang turnover sepanjang 3o minit beraksi -- kali ketiga dia memperoleh 15 bantuan atau lebih tanpa sebarang turnover dalam satu perlawanan playoff.

Pemain berusia 36 tahun itu kini telah mengumpulkan 72 bantuan dan hanya 10 turnover sepanjang lapan perlawanan playoff musim ini.

Devin Brooker menambah 18 mata dan 10 rebound buat Phoenix manakala Deandre Ayton pula dengan 15 mata dan 10 Rebound.

Seterusnya, kedua-dua pasukan itu akan kembali bertemu di Denver bagi perlawanan ketiga Sabtu ini.