Saban hari semakin membimbangkan mengenai salah laku penonton dalam perlawanan playoff NBA.

Seorang lelaki memasuki gelanggang pada empat minit terakhir suku ketiga perlawanan, di mana Washington Wizards menewaskan Philadelphia 76ers 122-114 di DC hari ini.

Lelaki itu melompat dan cuba menyentuh papan belakang ketika pemain daripada kedua-dua pasukan sedang berada di satu lagi sisi gelanggang sebelum pengawal keselamatan di Arena Capital One memberkasnya dan pengadil menghentikan perlawanan.

Monumental Sports and Entertainment, syarikat yang memiliki Wizards dan arena berkenaan, berkata penyokong itu boleh digantung daripada menyaksikan perlawanan pada masa akan datang dan organisasi itu telah mengemukakan dakwaan terhadapnya kepada pihak polis D.C.