Playoff NBA: George hidupkan semula kempen Clippers lawan Suns

Muzaffar Musa
Jun 29, 2021 06:08 MYT
Paul George merekodkan mata tertinggi dalam kariernya apabila menjaringkan 41 mata ketika Los Angeles Clippers mengelakkan penyingkiran dengan menewaskan Phoenix Suns 116-102 dalam perlawanan kelima siri Final Persidangan Barat playoff NBA hari ini.
George mengerah segala keringat yang ada dalam perlawanan itu ketika Clippers turun tanpa rakan sepasukannya, Kawhi Lonard, dengan merekodkan 30 mata dalam separuh masa kedua bagi membawa pasukan Los Angeles itu ke penentuan perlawanan keenam.
Kemenangan itu bermakna Clippers, yang bangkit daripada ketinggalan dalam dua siri playoff terakhir, merapatkan jurang kepada 2-3 di belakang Suns menjelang aksi keenam di laman sendiri Khamis ini.

Paul George pours in a new #NBAPlayoffs career-high 41 PTS in the @LAClippers Game 5 win, dropping 30 in the 2nd half! #ThatsGame ? Making it a 3-2 PHX series lead, LAC forces Game 6 on Wednesday at 9pm/et on ESPN. pic.twitter.com/WSI8qxvruX

— NBA (@NBA) June 29, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Seterusnya aksi playoff NBA akan tertumpu kepada perlawanan Milwaukee Bucks menentang Atlanta Hawks di Arena State Farm pagi esok.
Bucks berpeluang untuk mendahului 3-1 seandainya menang dalam perlawanan keempat siri Final Persidangan Timur itu.
#Los Angeles Clippers #Phoenix Suns #NBA #Bola Keranjang