Russel Westbrook berkata dia tidak sabar untuk menunggu respons daripada NBA selepas bintang Washington Wizards itu dihujani dengan lemparan bertih jagung daripada penonton ketika perlawanan menentang Philadelphia 76ers sebentar tadi.

Westbrook terpaksa ditahan selepas seorang penonton di Philadelphia melempar bertih jagung ke arah bekas MVP itu ketika dia sedang keluar dari gelanggang berikutan kecederaan buku lali kanan pada ketika pasukannya tewas 95-102 kepada pasukan pilihan utama, 76ers, dalam perlawanan kedua siri pusingan pertama playoff NBA.

Pemain Washington itu -- yang menamatkan perlawanan dengan 10 mata, 11 bantuan dan enam rebound sebelum terseliuh buku lali pada 10 minit terakhir -- kelihatan berang di Wells Fargo Center.

"Dengan sejujurnya, perkara sampah seperti ini sudah tidak dapat dibendung, terutama buat saya. Dengan jumlah penyokong yang kurang ajar dan melakukan apa sahaja yang mereka mahu lakukan, ia salah," kata Westbrook selepas Wizards kini ketinggalan 2-0 di belakang 76ers dalam pusingan pertama siri Persidangan Timur itu.

"Dari sudut lain, saya tiada masalah untuk sebarang penyokong menikmati dan bergembira dengan permainan ini. Ia sebahagian daripada sukan ini. Saya memahaminya. Tetapi ada sebahagian yang telah berada di luar batasan.

"Dari sudut lain, saya tahu bahawa mereka tidak akan berani di luar. Mereka tidak akan berani melemparkan bertih jagung ke arah saya di luar kerana mereka tahu apa yang akan berlaku.

"Mereka tidak akan datang ke arah saya dan bercakap mengenai keluarga dan anak saya di luar sana kerana mereka tahu responsnya pasti berbeza.

"Arena ini perlu bermula untuk melindungi pemain. Kita akan lihat apa yang akan NBA lakukan tetapi ia merupakan masalah besar buat kami sebagai pemain, dan buat saya, di mana penyokong bercakap apa-apa sahaja dan akibatnya lebih banyak buat saya daripada penyokong di tempat duduk mereka kerana mereka tidak boleh disentuh.

"Mereka boleh katakan apa-apa sahaja yang mereka mahu dalam acara sukan dan mereka boleh menikmati permainan ini.

"Tetapi apa yang ramai penyokong tidak sedar adalah ini merupakan pekerjaan saya. Saya bukan sekadar bermain, ini adalah sesuatu yang saya cintakan, ia satu tempat di mana saya bersaing.

"Jadi, untuk dilempar makanan dari atas ke arah saya adalah benar-benar tidak masuk akal," katanya.