Skuad ping pong wanita negara terus dilanda masalah prestasi apabila tunduk 0-3 kepada Thailand dalam aksi kedua peringkat kumpulan acara berpasukan di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), malam tadi.

Malaysia turun mencari kemenangan kedua selepas menundukkan Myanmar 3-0 dalam aksi pertama.

Namun, ia bukan semudah diharapkan apabila pemain perseorangan, Ng Sock Khim, tewas 10-12, 8-11, 8-11 kepada lawan dari Thailand, Suthasini Sawettabut.

Saingan diteruskan oleh perseorangan kedua, Lee Rou You, menentang Tamolwan Khetkhuan, namun dia gagal untuk menandingi lawannya itu apabila tewas 7-11, 15-17, 9-11.

Rou You kemudian turun sekali lagi dengan Ho Ying dalam aksi beregu, menentang gandingan Orawan Paranang dan Tamolwan Khetkhuan dan sekali lagi Malaysia tewas, kali ini 8-11, 8-11, 6-11.

"Saya berasakan kami mampu memberikan saingan kepada mereka, tetapi strategi kami tidak berhasil," kata Ho Ying.

Malaysia bakal turun sekali lagi pada petang ini menentang Filipina, yang sebelum ini turut mencatat kemenangan ke atas Myanmar 3-0.

Hanya dua pasukan teratas dalam peringkat kumpulan yang akan mengesahkan kemaraan ke peringkat separuh akhir.

"Kami berharap untuk meraih kemenangan ke atas Filipina, kami berharap dapat melakukannya." tambah Ho Ying.

Malaysia lwn Filipina

Acara berpasukan wanita: 3.00 petang

Acara berpasukan lelaki: 7.00 malam

Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.