Ketua jurulatih Perak, Abdul Sukur Adam, melaung amaran awal kepada pencabar Kumpulan A -- PDRM, Selangor dan Sabah untuk berdepan kesukaran biarpun juara bertahan Kejohanan Hoki Piala Razak itu tanpa tujuh pemain utama yang terlibat dengan tugasan bersama skuad negara.

Menjelang aksi pembukaan esok, Sukur menagih komitmen serta semangat sepasukan demi memastikan mereka langkah kanan dalam misi mempertahan kejuaraan.

Biarpun di atas kertas Perak merupakan pasukan pilihan, mereka enggan mengambil mudah cabaran sabah biarpun lawan mereka itu dibarisi pemain muda.

Jelasnya lagi, Perak tiba di Kuala Lumpur dengan misi utama memastikan piala berprestij itu kekal di bumi Perak.

"Kami akan memberikan tumpuan perlawanan demi perlawanan tanpa mengira apa yang sedang dilalui ketika ini," kata Sukur.

"Bertindak sebagai juara bertahan, Perak kali ini tanpa tujuh tonggak utama pasukan namun ia tidak mematahkan semangat dan keazaman pasukan untuk memastikan kejuaraan," kata kapten Perak, Shazrul Imran Nazli.