JEPUN 38 SAMOA 19

Tuan rumah, Jepun, mengatasi cabaran Samoa dalam perlawanan dramatik dengan kemenangan 38-19 untuk meraih mata bonus dalam Kumpulan A, seterusnya menyingkirkan Samoa daripada Piala Dunia Ragbi.


Kemenangan di Stadium Toyota sebentar tadi itu menyaksikan The Brave Blossoms di landasan terbaik dalam misi ke suku akhir buat julung kalinya.

Dua penalti yang disempurnakan Yu Tamura meletakkan mereka di depan sebelum Samoa menyamakan kedudukan menerusi penyudah jaguh utama mereka, Henry Taefu.

Selepas TJ Ioane dilayangkan kad kuning, Jepun meraih try pertama menerusi pemain naturalisasi kelahiran Samoa, Timothy Lafaele, sebelum Taefu menyempurnakan penalti ketiga untuk kedudukan 16-9 menuju waktu rehat.

Tonggak berumur 26 tahun itu terus menyumbang mata-mata penting buat Samoa untuk merapatkan jurang tetapi misi mereka semakin sukar apabila Kazuki Himeno mendapat try kedua Jepun pada minit ke-53..

Taefu terus membantu mengutip tujuh mata seterusnya, namun belum cukup untuk menghalang dua try Jepun daripada Kenki Fukuoka dan Kotaro Matsushima di samping conversion terakhir daripada Tamura, yang menyaksikannya muncul penyumbang mata tertinggi kejohanan dengan 40 mata secara keseluruhannya setakat ini.

Keputusan lain:

ENGLAND 39 ARGENTINA 10