Piala Dunia Powerlifting: Bonnie Bunyau, Bibiana raih emas

Muzaffar Musa
Mei 7, 2021 15:20 MYT
Atlet powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin, meraih pingat emas dalam Piala Dunia Powerlifting di Bangkok, Thailand hari ini.
Atlet kelahiran Sarawak berusia 21 tahun itu melakukan angkatan seberat 201kg, 220kg dan 226kg untuk mengungguli acara 72kg.
Tempat kedua milik wakil Iran, Nader Moradi (204kg) manakala pingat gangsa pula diraih atlet dari Kazakhstan, Alexandr Daskov (140kg).
Kejayaannya melakukan angkatan seberat 226kg itu bukan sahaja memecahkan rekod peribadinya, malah turut meletakkan dirinya dalam senarai teratas untuk layak ke Sukan Paralimpik Tokyo 2021, Ogos depan.
Turut meraih pingat emas adalah Bibiana Ahmad dalam kategori wanita manakala seorang lagi wakil negara, Sona Agon, meraih pingat gangsa dalam acara masing-masing.
#Majlis Paralimpik Malaysia #Bunyau #Bibiana Ahmad #Bonnie #Gustin #Piala Dunia Powerlifting