Ketua jurulatih terjun negara, Christian Brooker, yang selamat tiba di Jepun semalam berkata anak buahnya sudah bersedia untuk memberi saingan dalam Piala Dunia FINA yang akan membuka tirai Sabtu ini.

Pengendali berpengalaman itu menjelaskan keadaan di sana tidak membimbangkan di mana prosedur operasi standard (SOP) ketat dilaksanakan ke atas semua yang terlibat.

"Kami perlu menempuhi proses menunggu yang agak lama di lapangan terbang di Jepun sebelum dibawa ke hotel dengan bas.

"Semuanya berjalan lancar dan pemain diberi rehat hari ini, tiada latihan.

"Kami juga berkesempatan untuk turun ke bawah hotel dan kawasan berhampiran untuk mendapatkan udara segera.

"Semua penerjun akan menyambung latihan esok.

"Mereka telah mendapatkan rehat yang cukup dan tidak sabar untuk meneruskan persiapan," katanya.



Perisytiharan darurat di beberapa wilayah Jepun termasuk Tokyo berikutan peningkatan kes COVID-19 tidak menghalang...

Posted by Bernama Radio on Sunday, April 25, 2021


Meskipun hanya kejohanan simulasi atas talian menjadi kejohanan tunggal buat penerjun negara sebelum ini ekoran penularan wabak COVID-19, Brooker optimis dengan kebarangkalian slot baru untuk ke Sukan Olimpik Tokyo mampu dilakar.

"Beberapa minggu lalu kami sudah melakukan persiapan tetapi kejohanan ini ditunda pula.

"Jadi kami perlu sentiasa bersedia dan menyesuaikan diri dengan situasi semasa.

"Kami sempat melakukan ujian dan atlet nampaknya sudah bersedia (untuk berjuang) demi Malaysia."