Skuad tenis kebangsaan berdepan ujian tersendiri pada awal musim 2019 apabila barisan jurulatih senior memberikan laluan kepada pelantikan Suresh Menon sebagai ketua jurulatih baru.

Sebelum ini, program kebangsaan dikendalikan Muliyadi Jamal sambil dibantu S.Selvarajoo dan Adam Jaya.

Perkembangan semasa menyaksikan Muliyadi dan Selvarajoo kini ditugaskan mengemudi skuad remaja manakala Adam pula tidak lagi bersama Persatuan Lawn Tenis Malaysia (LTAM).

Ia berlaku ketika masalah tunggakan gaji jurulatih sedia ada masih menjadi tanda tanya dan LTAM pula melantik Suresh dengan menjanjikan imbuhan lumayan menjelang saingan Piala Davis, April depan.

Buat masa ini, belum ada kata putus mengenai masa depan Suresh dan barisan pemain senior negara selepas tamat kejohanan itu nanti.

"Saya dan Selvarajoo akan menumpukan kepada perkara lain yang telah ditetapkan LTAM.

"Saya akur dengan keputusan itu.

"Bagaimanapun, saya sedia untuk kembali melatih pasukan utama negara selepas tamat Piala Davis nanti," kata Muliyadi