Jawatankuasa Penganjuran Sukan SEA Filipina (PHISGOC) kesuntukan masa untuk menyiapkan baki 10 peratus pembinaan venue menjelang temasya itu hujung bulan depan meskipun menerima dana terbesar sepanjang sejarah Sukan SEA.

Biarpun media di Filipina melaporkan ketua kontinjen negara itu tidak berpuas hati dengan pembinaan venue pertandingan, PHISGOC memaklumkan projek pembinaan itu sudah 90 peratus selesai dan mereka kini berada dalam fasa akhir menjelang temasya berkenaan.

Kerajaan Filipina mengeluarkan perbelanjaan berjumlah RM1.2 bilion untuk menganjurkan temasya dwitahunan itu dan ia merupakan perbelanjaan terbesar dalam sejarah penganjuran Sukan SEA.

Ikuti perkembangan lanjut dalam Nadi Arena jam 7.30 dan 11 malam ini.