Persiapan Program Melaka Balloon Run 2017 yang dikendalikan oleh pelajar semester akhir Diploma Pengurusan Acara, Politeknik Merlimau (PMM) hampir 80 peratus siap.

"Tinggal selebihnya kami hanya perlu berjumpa dengan beberapa pihak berwajib,” kata Pengarah Program Melaka Balloon Run 2017, Muhammad Ashraf Ramli.

Melaka Balloon Run akan diadakan pada 19 Februari di mana RM5 dari setiap yuran penyertaan akan didermakan kepada Persatuan Barah Melaka (PBM).

Larian sejauh 5 kilometer ini akan bermula dari Memorial Pengisytiharan Merdeka Banda Hilir Melaka.

Program ini hasil kerjasama bersama Kerajaan Negeri Melaka, Jabatan Pelancongan Negeri Melaka, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Fit Malaysia dan PBM.