Timbalan Exco Pelancongan, Pembangunan Pantai dan Pulau-Pulau Negeri Melaka, Datuk Wira Ghazali Mohammad, mengucapkan tahniah kepada pelajar semester akhir Diploma Pengurusan Acara Politeknik Merlimau Melaka (PMM) atas kejayaan penganjuran Melaka Balloon Run 2017.

Ghazali menyifatkan aktiviti berkenaan sangat sempurna daripada segi pelaksanaan.

“Saya ucapkan tahniah kepada pelajar Politeknik Merlimau Melaka atas penganjuran aktiviti sebegini.

“Saya umpamakan pelaksanaan aktiviti ini diuruskan oleh satu unit badan profesional kerana pengisian program sangat sempurna”.

Menurutnya lagi, terdapat penyertaan dari luar negara seperti Singapura, Jepun, Russia, dan Indonesia.

Ghazali berkata Kerajaan Negeri Melaka akan terus memberi sokongan terhadap penganjuran aktiviti sebegini kerana ia memberi faedah kepada sektor pelancongan negeri itu.