HGC, atau dikenali sebagai Heroes of The Storm Global Championship kini dibuka untuk pendaftaran. Menurut dari Blizzard, ini adalah pusingan kelayakan untuk mewakili pasukan dari Asia Tenggara bertanding di Eastern Clash #1 di China pada 4hb – 6hb Mac ini dengan ganjaran wang tunai sebanyak USD $100,000.

Untuk permulaan, pusingan kalah-mati dimulakan dengan 64 pasukan yang dibuka kepada semua dari Malaysia, Singapura, Filipina, Thailand, Indonesia dan Vietnam. Kesemua 6 negara disebut boleh juga digabung sebagai pasukan. Pusingan kalah-mati ini akan bermula pada 4hb – 5hb Februari ini.

8 Pasukan yang terpilih perlu melalui pusingan seterusnya dengan konsep double elimination pada 11hb-12hb Februari sebelum Eastern Clash #1 yang akan diadakan di Gold Series Stadium, Shanghai, China.

image002

Melalui pusing diatas, pasukan Asia Tenggara yang layak akan mendapat tempat untuk mewakili pada pertandingan Mid-Season Brawl didalam acara Dreamhack Summer, Sweeden dengan jumlah ganjaran tunai sebanyak USD $250,000.

Pendaftaran boleh dibuat melalui laman web Blizzard dan akan ditutup pada 27hb Januari ini.

Anda mungkin meminati reviu kami mengenai karakter Heroes of the Storm:

Zul’Jin – Warlod of The Amani Kingdom

Samuro – The BladeMaster

[Asia's leading gaming websites, providing you gaming scoops in both Malay and English - GamerMalaya.my.]