Max Verstappen percaya Red Bull bertindak tepat untuk menukar tayar yang menyaksikan dari grid terakhir memecut menguasai tempat kedua Grand Prix (GP) Russia.

Lewis Hamilton meraih kemenangan ke-100 Formula Satu (F1) dalam perlumbaan di Sochi, malam tadi itu dan juara dunia tersebut memintas Lando Norris, yang berpeluang mengecapi kemenangan sulung menerusi kedudukan petak pertama buatnya sebelum hilang kawalan dalam hujan ketika perlumbaan berbaki tiga pusingan.

Kemenangan itu mendorong Hamilton untuk terus mencabar pendahulu kejuaraan, Verstappen, tetapi pemandu Belanda itu masih mampu mengekalkan jurang dua mata dengan meraih tangga kedua.

Verstappen bermula di bahagian belakang grid berikutan Red Bull memasang enjin baru ke keretanya, tetapi dia menegaskan kunci kejayaannya menamatkan saingan di podium berpunca daripada pemilihan tayar ketika hampir hujan.

"Saya gembira berada di kedudukan kedua," katanya.

"Sekiranya anda memberitahu saya pagi ini bahawa saya akan menduduki tempat kedua hari ini, saya tidak akan mempercayainya. Tetapi saya bernasib baiklah kerana keputusan menukar kepada tayar basah menjadi titik tolak. Saya amat gembira disebabkan perkara ini.

"Sebaik hujan, mujur kami telah mengambil satu keputusan yang tepat dan kerana kalau kami masih menggunakan tayar kering dalam pusingan sebelumnya, ia mungkin hancur di selekoh pertama atau kedua memandangkan dua pertiga trek masih terlalu kering.

"Oleh itu, pada dasarnya dari tempat ketujuh untuk ke kedua bagi kami adalah satu keputusan yang luar biasa."




Menyingkap makna kemenangan Hamilton dalam pemburuan gelaran pelumba terbaik, Verstappen menambah: "Sudah tentu ia jauh lebih buruk memandangkan banyak mata yang saya akan hilang.

"Lebih-lebih lagi dengan keadaan ketika ini, sangat sukar untuk mendahuluinya. Tetapi keadaan trek pada hari ini juga memainkan peranan. Tayarnya terasa berat, jadi saya tidak boleh terlalu memecut atau dekat dengan kereta lain. Jadi sudah tentu untuk meraih tempat kedua di sini adalah penting."