Pemain skuasy negara, Asyraf Azan, yang pernah mencapai ranking ke-53 dunia bakal berdepan sejarah hitam dalam karier sukannya apabila perlu menjalani pembedahan lutut akibat kecederaan ligamen.

Asyraf kini dalam usaha mengumpul dana menerusi GoFundMe bagi menampung kos pembedahan bernilai hampir RM40,000.

"Saya telah memperoleh lebih kurang ASD2,000 menerusi GoFundMe, doktor yang bakal merawat saya ini telah memulihkan barisan atlet bertaraf profesional dan keputusan untuk menjalani pembedahan ini demi masa depan dalam sukan skuasy," kata Asyraf.

Dia yang kini menduduki ranking ke-150 dunia sekadar mampu mara kesaingan separuh akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Austin sebelum terpaksa mengundur diri akibat kecederaan 'anterior cruciate ligament' (ACL), 'medial collateral ligament' (MCL) dan meniskus.

Kecederaan itu memaksa Asyraf untuk berehat sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kembali aktif.

"Saya telah mengalami kecederaan ini dua kali dan setelah menjalani rawatan dan pembedahan amat diperlukan."