Saingan merebut kejuaraan Terbuka Aegon di Nottingham bakal menyaksikan pertemuan wakil Australia, Johanna Konta, menentang pemain muda dari Croatia, Donna Vekic.

Konta hanya selangkah daripada mengesahkan gelaran pertama di gelanggang rumput selepas menewaskan pemain ranking 117 dunia, Magdalena Rybarikova, menerusi straight set 6-2, 7-5 dan mengelak set penentuan, sekaligus mengekalkan rekod tidak melepaskan sebarang set dalam kejohanan ini.

Sementara itu, Vekic terpaksa berhempas-pulas sebelum mengesahkan kemenangan ke atas pemain Republik Czech, Lucie Sarafova, dalam perlawanan yang berlangsung selama tiga jam sebelum menang 7-6 (7-5), 3-6, 7-6 (7-4).

Dalam satu lagi kejohanan di Belanda, Natalia Vikhlyantseva menewaskan pemain ranking ke-33 dunia, Ana Konjuh, 6-3, 7-5 untuk layak ke final Jelajah WTA pertama dalam kariernya.

Vikhlyantseva akan menentang Anett Kontaveit yang terlebih dahulu menang ke atas wakil dari Ukraine, Lesia Tsurenko.