Pelumba basikal lebuh raya para negara, Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin, menamatkan perlumbaan akhir acara ujian masa C1, Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di tempat kelima hari ini.

Dalam perlumbaan di Fuji International Speedway itu, atlet berusia 23 tahun berkenaan mencatatkan masa 26:46.56s dan ketinggalan 1:53.19s di belakang pemenang pingat emas daripada Jawatankuasa Paralimpik Russia (ROC).

Wakil Amerika Syarikat, Aaron Keith, muncul pemenang pingat perak dengan 24:55.40s manakala pelumba Jerman, Michael Teuber, meraih gangsa dengan 24:58.67s.

Sebagai rekod, ini merupakan penampilan pertama Yusof Hafizi di pentas Sukan Paralimpik.



Kredit foto: kontinjenmalaysia.my