Trio berbasikal trek para negara menamatkan saingan di tempat kelima bagi acara pecut berpasukan kategori C1-C5 750 meter Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di Velodrom Izu, sebentar tadi.

Trio yang dibaris Muhammad Hafiz Jamali, Mohammad Yusof Hafizi, dan Zuhairie Ahmad Tarmizi melakukan catatan masa 50.532 saat mengatasi wakil Amerika Syarikat yang di berada di tempat keenam.

Pingat emas menjadi milik Great Britain dengan catatan rekod dunia 47.579s sementara China meraih perak, Sepanyol menamatkan saingan dengan pingat gangsa.