Atlet paralimpik negara, Nur Syaiful Zulkifli, bakal memulakan pemburuan pingat emas negara esok menerusi sukan renang bagi acara 200 meter gaya bebas.

Nur Syaiful mengalami kemalangan pada penghujung 2013 dan disahkan lumpuh akibat kecederaan saraf tunjang tulang belakang T12 dan N2 miliknya.

Syaiful kini sedang menumpukan perhatian terhadap acaranya esok bagaimanapun rakan senegara, Jaremy Siga sempat berkongsikan persiapan Syaiful.

"Syaiful memberitahu saya bahawa terdapat tiga pesaing yang bakal memberikan cabaran dan saya memberitahu supaya tidak terlalu memikirkannya dan memberikan tumpuan kepada persiapan diri sendiri," kata Jamery.