Paralimpik Tokyo 2020: Jamery tidak sabar turun beraksi

Muzaffar Musa
Ogos 26, 2021 12:17 MYT
Perenang para negara, Jamery Siga, tidak sabar untuk turun beraksi dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2020.
Menjelang penampilan ketiganya dalam temasya itu, atlet berusia 36 tahun dari Kota Kinabalu, Sabah berkenaan tidak gentar atau bimbang kerana hanya mahu menumpukan kepada catatan masa terbaik selain memburu pingat sekiranya berpeluang.
Jamery akan turun beraksi dalam acara 50 meter kuak kupu-kupu S5 di Pusat Akuatik Tokyo pagi esok -- acara tunggal yang disertainya dalam edisi kali ini.
"Saya hanya tunggu untuk bertanding sahaja. Lagipun, saya hanya beraksi dalam satu acara, jadi saya akan memberikan segala-galanya," katanya kepada Nadi Arena.
"Saya mahu melakukan yang terbaik dan walaupun terdapat dua pencabar baru kali ini, saya tidak mahu memikirkan mengenai mereka kerana yang apa yang penting adalah apa yang saya perlu lakukan dari mula terjun ke kolam sehingga ke penamat.
"Saya tidak tahu rezeki saya sama ada saya akan masuk ke final atau tidak tetapi (sudah memadai) asalkan saya dapat melakukan yang terbaik," katanya.

Berikan sokongan anda !! #GanbatteMalaysia #sokongmalaysia pic.twitter.com/98uLs19CSJ

— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) August 26, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Sukan Paralimpik Tokyo 2020 #Renang Para #Jamery Siga