Pemain tenis berkerusi roda negara, Abu Samah Borhan, bangkit daripada ketinggalan satu set untuk menewaskan lawan dari Costa Rica, Jose Pablo Gil, dalam perlawanan pertama acara perseorangan lelaki Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di Ariake Tennis Park sebentar tadi.

Turun beraksi dalam penampilan keduanya dalam temasya para terbesar itu, Abu Samah tewas 4-6 dalam set pertama tetapi pemain kelahiran Kuala Lumpur berusia 36 tahun itu mempamerkan aksi lebih kemas dalam set berikutnya untuk menyamakan kedudukan dengan kemenangan 6-3.

Aksi dalam set penentuan jelas didominasi pemain negara itu sebelum menamatkan saingan selama dua jam 19 minit berkenaan dengan kemenangan 6-2,

Seterusnya, Abu Samah akan menghadapi cabaran pemain Belanda, Tom Egberink, dalam pusingan kedua esok.