Peserta Sabah mengungguli kejohanan 'Sarawak Strongestman and Strongwomen' yang berlangsung di Sarikei, baru-baru ini, apabila masing-masing muncul juara kategori lelaki dan wanita.

Andy Gerald dinobat sebagai juara keseluruhan orang kuat kategori lelaki selepas mengumpul mata tertinggi daripada enam acara, iaitu truck pull, tyre flips, deadlift, log mover, farmers frame dan log carry.

Selain Andy yang juga mewakili Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), peserta lain dari Sabah yang mendapat kedudukan 10 terbaik daripada 22 peserta bertanding ialah Randy James (ke-4), Francis Abi (ke-6) dan Goldie James (ke-8).

Sementara itu, bagi kategori wanita pula, Joyce Heng muncul juara keseluruhan selepas mengumpul mata paling banyak untuk menewaskan 13 pencabar lain.

Sebanyak lima kategori dipertandingkan bagi kategori wanita, iaitu atlas stone, yolk walk, farmers walk, deadlift dan tyre flips.