Pesilat negara, Asuad Khalid, mengakui mempelajari teknik jiu jitsu semata-mata untuk misi menumbangkan lawan dari Amerika Syarikat, Luke Lawrence Adam, dalam aksi final
Kejohanan OneSilat Dunia 2017.

Asuad adalah antara tiga pesilat yang mewakili negara di peringkat akhir Kejohanan OneSilat Dunia.

Beraksi dalam kategori lightweight, pesilat dari Kedah ini berdepan lawan paling sukar berbanding dua rakannya.

Begitupun, Asuad optimis mampu menghadirkan tentangan hebat berdepan Adam menerusi persiapan khusus untuk aksi finalnya itu.

"Saya cuba menggilap kemahiran saya dalam teknik jiu jitsu sebagai persediaan berdepan Adam. Ia sekaligus meningkatkan pertahanan saya," katanya.

Asuad meraih kemenangan percuma di peringkat separuh akhir selepas lawan dari Indonesia menarik diri kerana kecederaan.

Ia sekali gus membolehkannya berada dalam keadaan terbaik untuk aksi final bagi merebut trofi kejuaraan dan hadiah wang tunai ASD10,000.

"Ini merupakan kali pertama saya berdepannya, saya akan mengekalkan strategi serangan untuk perlawanan ini."