Skuad pelayaran negara terpaksa menunda sesi latihan pertama menjelang Sukan Olimpik Tokyo kerana mengambil masa untuk menyiapkan bot.

Jurulatih kelas laser, Affendy Abdullah, berkongsi dengan wartawan Astro Arena, Bazly Azmi, mengenai keutamaan sebelum menguji Pusat Pelayaran Enoshima.

Pusat Pelayaran Enoshima akan dibuka untuk sesi latihan pertama kepada semua pelayar Olimpik bermula esok selepas selesai semua proses pemasangan bot.

Ini termasuk proses memasang pelekat mengikut spesifikasi ditetapkan yang menjejaskan pelan skuad international 470 negara.

Juni Karimah Noor Jamali dan Nuraisyah Jamil sudah menyiapkan bot semalam namun terdapat beberapa bahagian teknikal perlu dibuat di darat.

Ini bermakna mereka akan memulakan sesi latihan pertama bersama pelayas kelas laser, Khairulnizam Affendy dan Nur Syazrin Latif esok.