Ahmed Hafnaoui, perenang berusia 18 tahun dari Tunisia, melakar kejutan meraih pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Dilihat sebagai bukan pilihan dalam final acara 400 meter gaya bebas, perenang muda itu hadir ke dalam penampilan pertama Sukan Olimpik tanpa sebarang keputusan cemerlang -- persembahan terbaik dalam kejohanan utama terhasil menerusi menamatkan perlumbaan di tempat kalapan Sukan Olimpik Remaja 2018.

Perlumbaan yang cukup sengit daripada kelapan-lapan perlawanan hingga emat ditentukan antara Hafnaoui dan wakil Australia, Jack McLoughlin, wakil Tunisia itu menamatkan perlumbaan dengan berkelebihan 0.16 saat dengan catatan masa 3:43.36.



"Saya tidak boleh mempercayainya, ia sangat luar biasa," katanya kepada NBC selepas itu. "Saya berasa lebih baik hari ini berbanding semalam dan kini, saya juara Olimpik!"

Kieran Smith dari Amerika Syarikat melengkapkan podium dengan meraih pingat gangsa.

Hafnaoui bakal meraih satu lagi peluang untuk mencipta sejarah apabila turun dalam acara 800m Selasa ini.