Olimpik Tokyo: Alves akui gementar hadapi saingan di Tokyo

Ammar Hakim
Julai 21, 2021 22:00 MYT
Dani Alves mengakui dia gementar menjelang penampilan sulung dalam Sukan Olimpik pada usia 38 tahun.
Pertahanan Sao Paulo, Alves, meraih 118 kaps dan empat gelaran dalam skuad senior Brazil tetapi tidak pernah beraksi dalam Sukan Olimpik.
Dia merupakan salah seorang pemain senior yang menyertai skuad Selecao ke Tokyo dan berpeluang untuk menambah pencapaian di pentas antarabangsa.
Brazil merupakan antara pasukan pilihan untuk memenangi acara lelaki bersama-sama Sepanyol dan Perancis.
Mereka membuka saingan bertemu Jerman dalam Kumpulan D, malam ini.
"Kerana ini adalah penampilan pertama saya, perasaan itu lebih istimewa," kata Alves, yang bertindak sebagai ketua pasukan.
"Walaupun saya mempunyai pengalaman hebat pada masa lalu, kerana ini adalah kali pertama saya di sini, saya berasakan agak gementar dan berharap dapat memenuhi harapan bagi pasukan kami.
"Saya boleh katakan pengalaman saya agak sama dengan penampilan pertama dalam saingan ini.
"Berada di sini sungguh menakjubkan. Ini merupakan percubaan kali ketiga saya untuk beraksi dalam Sukan Olimpik.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih juga atas rasa hormat, kerana berpeluang berada di sini. Mereka yang mengenali saya tahu bahawa saya mempunyai semangat muda."

? Five-star Brazil stamp their authority ? Records for Marta and Formiga as the 2016 hosts open in stunning fashion ????@SelecaoFeminina | @CHNWNT | @Tokyo2020 | #Tokyo2020 pic.twitter.com/Wz1pNWiSlc

— FIFA Women's World Cup (@FIFAWWC) July 21, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Brazil mengalahkan Jerman menerusi penalti pada final Olimpik Rio lima tahun lalu untuk meraih pingat emas di gelanggang sendiri.
Ivory Coast dan Arab Saudi turut diundi dalam pasukan yang sama.
#Dani Alves #Sukan Olimpik