Juara Piala Dunia lompat ski Austria, Marita Kramer, positif COVID-19 menjelang Sukan Olimpik Musim Sejuk di China, Jumaat depan.

Kramer telah menaiki 13 podium daripada 14 kejohanan individu Piala Dunia selain memenangi 10 daripadanya.

Berikutan acara lompat ski wanita dijangka berlangsung di venue Zhangjiakou Sabtu depan, nasib atlet berusia 20 tahun itu masih samar-samar sambil Persekutuan Ski Austria (OESV) berharap Kramer akan sempat beraksi.

Persekutuan antarabangsa, FIS, mendedahkan Kramer diuji positif kelmarin tetapi tidak mempunyai gejala dan berasa sihat.

Dia bersaing dalam Piala Dunia di Willingen, Jerman, kelmarin, sebelum Austria memutuskan untuk menarik diri daripada pertandingan itu semalam.