Persaingan di antara Nauraj Singh dan Lee Hup Wei bagi menentukan gelaran raja lompat tinggi negara makin hangat selepas pemegang tiga pingat emas Sukan SEA, Nauraj, cemerlang di Austria.

Pemegang rekod kebangsaan itu memperbaharui catatan terbaiknya sendiri, 2.19 meter, dengan beraksi cemerlang dalam Kejohanan Olahraga Dewan dan Padang, Vienna.

Nauraj melakar ketinggian 2.20m di Stadium Dusika untuk turut menamatkan saingan di tempat kedua di belakang pemenang pingat gangsa Piala Dunia 2018, Tobias Potye (Jerman) dengan perbezaan 0.06m sementara atlet tuan rumah, Lionel-Afan Strasser, ketiga.


Nauraj teruskan karier di Jerman https://www.stadiumastro.com/sukan/sukan-lain/artikel/nauraj-teruskan-karier-di-jerman/178638

Posted by Astro Arena on Wednesday, October 28, 2020


Ini kejohanan pertama yang disertai pemenang tiga pingat emas Sukan SEA itu -- yang kini berhijrah ke Eropah -- selepas berehat hampir setahun akibat kekangan COVID-19.

Dia perlu membuat lompatan setinggi 2.33m atau lebih baik untuk layak ke Sukan Olimpik Tokyo, berdasarkan merit dengan tempoh kelayakan berakhir pada 29 Jun depan.