Atlet lompat jauh para negara, Abdul Latif Romly, menepati ramalan apabila menghadiahkan pingat emas buat Malaysia dalam aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.

Selepas gagal dalam percubaannya dalam Sukan SEA Kuala Lumpur bulan lalu, ternyata Sukan Para ASEAN menjadi medan mudah buat Latiff selepas mengungguli kategori T20 dengan catatan jarak lompatan sejauh 7.41 meter.

Seorang lagi atlet para negara, Zulkifly Abdullah, berada di tangga kedua untuk meraih perak, selepas mencatat jarak lompatan 6.51m.

Turut membutirkan emas buat kem olahraga adalah Farizul Masri bagi acara lontar peluru F56 lelaki dengan lontaran 9.24m manakala Mohamad Firdaus Ngatiman meraih perak bagi acara lempar cakera F12 lelaki selepas melakukan catatan 26.69m.


Gambar kredit: Twitter @myTeamMAS