Victor Oladipo dijangka turun untuk debut bersama Miami Heat bertemu Golden State Warriors Jumaat ini, menurut ketua jurulatih, Erik Spoelstra.

The Heat -- yang mara ke Finals 2020 -- memperoleh khidmat All-Star dua kali, Oladipo dari Houston Rockets minggu lalu dengan pertukaran Kelly Olynyk dan Avery Bradley.

Oladipo memulakan tahun ini bersama Indiana Pacers sebelum berpindah ke Rockets ketika mereka terpaksa melepaskan khidmat James Harden kepada Brooklyn Nets.

Kini, Oladipo -- secara purata memperoleh 21.2 mata setiap perlawanan bagi 2020-21 -- membuat persiapan untuk pasukan baru musim ini.


"Dia sudah bersedia," kata Spoelstra.

"Kami telah berhubung menerusi Zoom dan menilai dan cuba mempercepatkan dia memahami sistem kami. Tetapi dia seorang pemain veteran yang berpengalaman. Dia akan cepat membiasakan diri.

"Dia dapat bersenam beberapa hari terakhir dengan Caron di Arena, jadi mereka juga dapat mengkaji beberapa perkara. Saya telah bercakap dengannya dan kami akan melihatnya ketika kami sampai di Miami.

"Semua keadaan ini berbeza daripada musim biasa, dan ini hanyalah satu contoh bagaimana anda harus menyesuaikan diri."