Bekas penyerang negara, Nor Saiful Zaini, meminta Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) mempertimbangkan status pemain melebihi umur 19 tahun untuk menyertai Liga Hoki Remaja (LHR) yang bermula Disember depan.

Ia bertujuan untuk membentuk sebuah pasukan khas bagi mencabar Piala Dunia Remaja 2023 di mana Malaysia terpilih sebagai tuan rumah.

Cuma, KHM perlu menetapkan kuota pemain terbabit bagi memastikan persaingan LHR berlangsung seimbang.

"Saya diberitahu memang ia dicadangkan kerana ada beberapa kejohanan besar pada tahun ini.

"Contohnya Sukma (Sukan Malaysia di Vietnam) hujung tahun ini. Kami belum dapat surat rasmi daripada KHM.

"Saingan tahun ini menetapkan pemain berumur 19 tahun, bukannya 21.

"Ia satu persiapan yang baik untuk Piala Dunia Remaja 2013 kelak," kata Nor Saiful Zaini.