Nicol David dinobat Atlet Terunggul Sepanjang Zaman

Muzaffar Musa
Februari 1, 2021 15:04 MYT
Bekas ratu skuasy negara, Datuk Nicol David, dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Atlet Terunggul Sepanjang Zaman Sukan Dunia anjuran Persatuan Sukan Dunia Antarabangsa (IWGA) hari ini.
Daripada keseluruhan 24 ahli sukan yang bertanding, anak kelahiran Pulau Pinang itu meraih 318,943 daripada 1.2 juta undian keseluruhan untuk mencipta satu lagi sejarah dalam sukan Malaysia.
Bekas jaguh negara yang pernah sembilan tahun berada di ranking nombor satu dunia itu meninggalkan pesaing terdekat yang juga legenda tarik tali Ireland, James Kehoe (113,120 undi).
Atlet powerlifting Ukraine, Larysa Soloviova, pula berada di kedudukan ketiga selepas meraih 80,790 undian.
Dalam edisi 2019, anugerah itu dimenangi oleh pemain hoki India, Ritu Pani.

Nicol David ?? is The World Games Greatest Athlete of All Time! With a huge number of votes, 318,943 she was voted as the greatest of the 24 sports legends that started the race in January. All in all, 1,204,637 votes were cast in the poll!#WeAreTheWorldGames @WorldSquash pic.twitter.com/po08clPfkT

— The World Games (@TheWorldGames) February 1, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Skuasy #Nicol David