Ketua jurulatih Los Angeles Lakers, Frank Vogel, mengisytiharkan LeBron James akan cergas dan bersedia untuk aksi play-in NBA bertemu Golden State Warriors.

James hanya beraksi 27 minit ketika menang 110-98 ke atas New Orleans Pelicans kerana mengalami kecederaan ringan di bahagian buku lali yang memaksanya berehat panjang sebelum ini.

MVP empat kali itu beraksi dalam dua perlawanan berturut-turut selepas kembali pulih daripada kecederaan dan bakal bersedia untuk diturunkan bertemu Stephen Curry dan Warriors.

"Dia mengalami kecederaan ringan tetapi sedia untuk beraksi," katanya.

"Dia adalah peserta penuh dalam latihan hari ini dan sedia untuk diturunkan."

Anthony Davis juga mengesahkan kecergasannya sepenuhnya untuk menghadapi Warriors ketika persoalan mula timbul apabila dia mengalami kecederaan Ahad lalu.

Penyerang itu turun selama 30 minit bertemu Pelicans dalam aksi terakhir musim biasa.

"Saya baik-baik sahaja," kata Davis. "Kaki saya berada dalam keadaan baik, bahu saya juga dalam keadaan baik."