Los Angeles Clippers kehilangan tonggak, Paul George, untuk dua kunjungan ke tempat lawan akibat mereka kecederaan.

Ketua jurulatih Clippers, Tyronn Lue, mengesahkan ketiadaan anak buahnya itu dalam perlawanan NBA menentang Minnesota Timberwolves dan Chicago Bills selepas pilihan NBA All-Star tersebut mengalami jari kaki bengkak.

George turut diketepikan dalam dua perlawanan terakhir Clippers.

"Dia terpaksa berehat di rumah dan mendapatkan rawatan," kata Lue mengenai George sebentar tadi.

"Kami akan menilainya semula sebaik kami kembali."

The Clippers akan menghadapi Timberwolves, pagi esok, sebelum mengunjungi Bulls.

George meraih 24.4 mata, 6.2 rebound dan 5.5 bantuan jaringan dalam setiap perlawanan bersama Clippers musim ini.

The Clippers (17-8) kini di kedudukan ketiga Persidangan Barat di belakang pendahulu, Utah Jazz (19-5), dan juara bertahan, Los Angeles Lakers (19-6), selepas dua kekalahan berturut-turut.