Jordan Clarkson dan Ben Simmons menghasilkan mata tertinggi ketika pendahulu NBA, Utah Jazz, mengatasi Philadelphia 76ers 134-123 dalam satu aksi menarik sebentar tadi.

Dalam penentuan di antara pendahulu Liga Persidangan Barat, Jazz, dan pasukan teratas Liga Persidangan Utara, 76ers, menyaksikan Jazz jelas pasukan yang lebih baik hasil 40 mata yang dihasilkan Clarkson.

Pemain Utah itu menyumbat masuk lapan three-pointer untuk menjadi pemain pertama dimasukkan dari bangku simpanan dan menjaringkan 40 mata dalam tempoh 30 minit sejak 1991.

Sebagai respons, All Star 76ers, Simmons, turut merekodkan mata tertinggi dalam kariernya dengan 42 mata, 12 bantuan dan sembilan rebound sementara Tobias Harris merekodkan 36 mata, 10 rebund dan 'double-double' tetapi 76ers tidak dapat mengatasi Jazz.

Simmons membuka permainan dengan suku terbaik dalam kariernya apabila menyumbangkan 19 mata yang memberikan 76ers pendahuluan tujuh mata sebelum buzzer pertama tetapi Utah kembali bangkit untuk merekodkan kemenangan kelapan berturut-turut dan ke-19 daripada 20 perlawanan.


Keputusan penuh:
Washington Wizards 131-119 Houston Rockets
Chicago Bulls 120-112 Indiana Pacers (OT)
New York Knicks 123-112 Atlanta Hawks
Utah Jazz 134-123 Philadelphia 76ers
Los Angeles Clippers 125-118 Miami Heat
Brooklyn Nets 136-125 Sacramento Kings
Golden State Warriors 129-98 Cleveland Cavaliers