Denver Nuggets menamatkan rekod kemenangan Los Angles Lakers manakala Milwaukee Bucks tewas lagi dalam aksi NBA sebentar tadi.

Diinspirasikan oleh 'triple-double' daripada 23 mata, 16 rebound dan 10 bantuan yang dilakukan Nikola Jokic, Nuggets menamatkan rekod tujuh kemenangan berturut-turut Lakers dengan kemenangan 122-105.

Jamal Murray pula muncul penyumbang terbanyak dengan 25 mata buat Nuggets (15-11).

Le Bron James menghasilkan 22 mata, 10 rebound dan sembilan bantuan buat Lakers, yang kehilangan Anthony Davis (15 mata dalam 14 minit) kerana kecederaan Achilles.

Sementara itu, rekod buruk Bucks berterusan dengan kekalahan 109-114 kepada Oklahoma City Thunder.

Giannis Antetokounmpo menamatkan perlawanan itu dengan 'triple-double' daripada 24 mata, 17 rebounds dan 10 bantuan tetapi Bucks tidak dapat mengelakkan kekalahan itu.

Antetokounmpo telah menghasilkan 100 mata, 43 rebound dan 21 bantuan sepanjang tiga perlawanan terakhir, namun Bucks tewas kesemua perlawanan itu.

Dia menyertai pasukan itu daripada Russell Westbrook pada November 2016 dan menjadi satu-satunya pemainn dalam tempoh 30 tahun ini mencatatkan lebih 100-40-20 dalam tiga perlawanan tetapi tewas kesemua perlawanan itu.

Keputusan penuh:
Washington Wizards 104-91 Boston Celtics
Detroit Pistons 123-112 New Orleans Pelicans
Minnesota Timberwolves 116-112 Toronto Raptors
San Antonio Spurs 122-110 Charlotte Hornets
Portland Trail Blazers 121-118 Dallas Mavericks
Oklahoma City Thunder 114-109 Milwaukee Bucks
Phoenix Suns 109-90 Orlando Magic
Memphis Grizzlies 124-110 Sacramento Kings
Los Angeles Clippers 128-111 Cleveland Cavaliers
Denver Nuggets 122-105 Los Angeles Lakers