Nikola Jokic dipilih sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) NBA bagi musim 2020-21 selepas meraih 91 undi dan 971 mata keseluruhan.

Terdahulu, Jokic sah tersenarai sebagai finalis anugerah itu disamping tonggak Philadelphia 76ers, Joel Embiid, dan bintang Golden State Warriors, Stephen Curry. Dia kemudian dilihat sebagai calon pilihan untuk memenangi anugerah itu.

Pada ketika kedua-dua pesaingnya berdepan masalah kecederaan dan diketepikan, Jokic memulakan kesemua 72 perlawanan buat Denver Nuggets musim ini.

Embiid mengalami kecederaan lutut pada Mac lalu manakala legenda Los Angeles Lakers, LeBron James, pula cedera buku lalu berselang lapan hari kemudian.

Masalah kecederaan turut membataskan prestasi guard Brooklyn Nets, James Harden, manakala Curry pula mengalami masalah 'tailbone' yang menyaksikan Warriors hanya mampu menamatkan Liga Persidangan Barat di tangga kesembilan.

Jokic membantu Nuggets menamatkan liga di tangga ketiga dan mara ke separuh akhir Persidangan Barat biarpun pada ketika ini sedang ketinggalan 0-1 kepada Phoenix Suns.