Brooklyn Nets merekodkan 20 kemenangan daripada 23 perlawanan dengan yang terbaru menewaskan Charlotte Hornets 111-89 tanpa gandingan pemain bintang, Kevin Durant dan James Harden, dalam perlawanan NBA sebentar tadi.

LaMarcus Aldridge mencuri tumpuan dalam penampilan pertamanya bersama Nets untuk pasukan Brooklyn itu mudah mengatasi Hornets, yang turun tanpa LaMelo Ball, 32-11 dalam suku pertama.

Kyrie Irving menghasilkan 15 mata, 11 rebound dan lapan bantuan tetapi Jeff Green muncul penjaring terbanyak dengan 21 mata, termasuk lima jaringan tiga mata.

Nets kehilangan khidmat Harden berikutan kecederaan paha tetapi mereka kini melonjak dengan rekod 34-15 untuk berada di kedudukan teratas Liga Persidangan Timur.


Keputusan penuh:
Philadelphia 76ers 114-94 Cleveland Cavaliers
Detroit Pistons 120-91 Washington Wizards
Brooklyn Nets 111-89 Charlotte Hornets
Orlando Magic 115-110 New Orleans Pelicans
Miami Heat 116-109 Golden State Warriors
Atlanta Hawks 134-129 San Antonio Spurs
Denver Nuggets 101-94 Los Angeles Clippers