Bintang Los Angeles Lakers, LeBron James, menghadapi masalah yang tidak tentu apabila ditimpa kecederaan pergelangan kaki kanannya dalam kekalahan kepada Atlanta Hawks, sebentar tadi.

The Lakers tewas 94-99 kepada The Hawks semalam dan kecederaan itu mengundang kebimbangan buat juara NBA berkenaan.

Pemain berusia 36 tahun terpaksa dikeluarkan dalam suku kedua selepas dikasari Solomon Hill apabila itu terjatuh dan meraung menahan kesakitan di tengah gelanggang dalam pertemuan di Pusat Staples, Los Angeles.



Walaupun cuba meneruskan aksi -- memungut tiga mata untuk mengumpul 10 mata dalam tempoh 11 minit -- James akhirnya terpaksa akur dikeluarkan dan tidak kembali.

"Saya belum pernah melihatnya menjerit dan meraung seperti itu," kata rakan sepasukan Lakers, Kyle Kuzma.

Ketua jurulatih Lakers, Frank Vogel, menambah: "Saya tidak akan mendedahkan bagaimana keadaan LeBron ketika ini. Ini adalah perkara tertutup."

James -- yang hanya terlepas satu perlawanan musim ini yang menyaksikan mereka tewas kepada Sacramento Kings pada 3 Mac lalu sebelum memberi laluan kepada perlawanan All-Star -- secara purata mengumpul 25.4 mata, 7.9 rebound dan 7.9 bantuan jaringan sepanjang 2020-21.

10 mata ketika menentang Hawks melebarkan catatannya kepada 1.036 mata untuk sekurang-kurangnya menyumbang 10 mata setiap kali kelibatnya ada di atas gelanggang.

The Lakers (28-14) yang sudah pun kehilangan seorang lagi bintang, Anthony Davis, kini menduduki tangga ketiga Sidang Barat di belakang Utah Jazz (30-11) dan Phoenix Suns (27-13).