Kevin Durant percaya kecederaan lutut yang dialaminya di pertengahan musim ini menjadi punca kempen Brooklyn Nets dalam NBA terjejas.

Nets menduduki tangga ke-10 Persidangan Timur dan meraih slot terakhir Kejohanan Play-In.

Durant tidak beraksi dari 17 Januari dan 3 Mac lalu gara-gara kecederaan itu yang menyaksikan Nets mencatat tiga kemenangan dan 10 kekalahan sepanjang Februari lalu.

Nets perlu menang ketika bertandang ke Charlotte Hornets, kemudian menang di Cleveland Cavaliers dan Atlanta Hawks bagi menyelamatkan kempen musim ini.


“Saya tidak melihatnya seolah-olah kami bukan sebuah pasukan bola keranjang yang bagus. Cuma saya dan Kyrie Irving jarang dapat bergandingan, itu sahaja.

"Apabila kami diturunkan bersama-sama, saya suka dengan apa yang kami kutip."