Bintang Memphis Grizzlies, Ja Morant, dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Pemain Paling Meningkat NBA musim 2021-22.

Morant, 22, merupakan Muka Baru Terbaik Tahunan musim 2019-20 tetapi tahun ini, dia meningkatkan kemampuannya dalam mencipta jaringan dan mendorong pasukannya menjadi pilihan kedua Sidang Barat dengan rekod 56-26.

Selepas merekodkan purata 19 mata bagi setiap perlawanan di bawah 45 peratus percubaan dalam musim 2020-21, Morant meningkatkan jumlah itu kepada purata 27 mata bagi satu perlawanan dengan 49 peratus daripada percubaan jaringan padang dan 34 peratus daripada percubaan jarak jauh.

Dia juga memecahkan rekod peribadi jaringan tiga mata, percubaan dan rebound bagi satu perlawanan dan pintasan bagi satu perlawanan tetapi sedikit menurun daripada segi bantuan.

Grizzlies kini terikat 2-2 dengan Minnesota Timberwolves dalam pusingan pertama siri playoff NBA, di mana Game 5 akan mengambil tempat di Memphis esok.

Dalam memenangi anugerah itu, Morant turut mengetepikan finalis lain, iaitu Dejounte Murray daripada San Antonio Spurs dan pemain Cleveland Cavaliers, Darius Garland.